KUALA LUMPUR: Perbuatan khianat membaling ‘molotov cocktail’ terhadap kediaman Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham tidak boleh diterima dan perlu diadili melalui tindakan undang-undang.
Justeru, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menggesa pihak polis untuk segera memburu dalang sebenar di sebalik kejadian khianat itu sambil menyifatkan ia bercanggah dengan undang-undang malah mencabuli prinsip kehidupan masyarakat dalam negara yang aman dan harmoni.
"Pada masa yang sama, tindakan Ngeh mengaitkan Bersatu dan Pas dalam insiden tersebut adalah sangat tidak bertanggungjawab.
"Sayugia diingatkan dalam urusan agama Islam ini tak perlu dicampuri oleh pihak luar yang tidak berkaitan kerana apabila dicampuri orang Islam akan bangkit tanpa perlu diapi-apikan.
"Sebab itu daripada menuduh, sepatutnya beliau memohon maaf dan insaf tanpa menuduh orang lain," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Hamzah berkata, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada kejadian itu agar berhati-hati dalam melontarkan sesuatu pandangan.
"Apatah lagi jika ia menyentuh mengenai hal-hal sensitif kerana kita tidak mahu disebabkan nila setitik rosak susu sebelangga sedangkan nikmat keamanan yang dikecapi ini tidak dibina dalam tempoh semalaman," ujarnya.
Terdahulu, media melaporkan kediaman serta tiga kereta milik Koo Ham di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar, Manjung terbabit kebakaran dengan polis mengesahkan kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat, hasil penemuan botol digunakan sebagai bom petrol atau 'molotov cocktail' di lokasi kejadian.
Kejadian itu bagaimanapun tidak membabitkan kemalangan jiwa atau kecederaan.
Ahli Parlimen dari DAP itu mendapat perhatian meluas susulan cadangan beliau agar pakar perlembagaan daripada kalangan bukan Islam dilantik dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.
Beliau bagaimanapun memohon maaf dan menarik semula cadangannya itu selepas dikritik pelbagai pihak khususnya daripada masyarakat Islam.
Afiezy Azaman
Thu Jan 11 2024
Hamzah gesa pihak polis untuk segera memburu dalang sebenar di sebalik kejadian khianat itu sambil menyifatkan ia bercanggah dengan undang-undang malah mencabuli prinsip kehidupan masyarakat dalam negara yang aman dan harmoni. - Gambar fail
Majlis Ulama Asia main peranan penting pupuk kesederhanaan - Ahmad Zahid
Majlis itu secara aktif menentang ideologi ekstremis, di samping memupuk perpaduan sosial melalui dialog dan kerjasama dalam kalangan pelbagai kumpulan.
Pokok tumbang: Perkhidmatan monorel kembali beroperasi
Kerja-kerja pembersihan dan baikpulih yang dijalankan dengan DBKL telah berjaya diselesaikan pada jam 5.55 pagi tadi.
JDT gesa PDRM segera siasat insiden serangan ke atas pemain
Pasukan JDT turut menzahirkan kerisauan berkaitan keselamatan pemain susulan serangan yang berlaku berhampiran pusat latihan kelab itu.
Imigresen Kelantan proses 15,000 pas sempadan setiap bulan
Permohonan itu dibuat di tiga Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sempadan Malaysia-Thailand iaitu di Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.
Pelantikan Pengerusi SPA diputuskan selepas mesyuarat Majlis Raja-Raja - Mohd Zuki
Jawatan itu kosong hampir 10 bulan selepas Tan Sri Zainal Rahim Seman menamatkan perkhidmatan beliau pada 24 Julai 2023.
Ahli perniagaan dipenjara empat tahun tipu pengurus undang-undang Jakel, babit kerugian RM400,000
Keputusan dibuat selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Mohamed Noor Mohamed Amin, di akhir kes pembelaan.
AWANI Ringkas: Kos rawatan Faisal Halim ditanggung
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Serangan ke atas Safiq Rahim tiada kaitan insiden babit dua pemain kebangsaan - Polis Johor
Orang ramai diminta memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan termasuk meneliti kamera litar tertutup berdekatan lokasi kejadian.
Jet pejuang F-16 RSAF terhempas, juruterbang diberi rawatan
Menurut kenyataan MINDEF, juruterbang terbabit bertindak mengikut prosedur kecemasan, dan berjaya keluar dari pesawat tersebut.
14 termasuk remaja bawah umur didakwa merusuh dengan parang, anggotai 'Geng 24'
Sekumpulan 14 lelaki termasuk tiga remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas kesalahan merusuh dengan senjata.
Polis teruskan siasatan kes khianat api rumah MP Beruas
Polis masih meneruskan siasatan bagi menjejak suspek dalam kes khianat api terhadap kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham.
Suspek khianat kediaman Ngeh Koo Ham disambung reman sehari lagi
Majistret Nurul Izalina Rajaai membenarkan lelaki berusia 30-an dilanjutkan reman selama sehari bagi membantu siasatan.
Suspek bakar rumah Koo Ham tiada kaitan politik
Lelaki yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam kebakaran kediaman Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar, Rabu lalu bukan ahli politik.
Lelaki ditahan berhubung kes lontar 'molotov cocktail' ke rumah Ngeh
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kebakaran kenderaan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham di Shah Alam, Selangor pada jam 4 pagi Jumaat.
Meluhuri anak watan sebagai pasak negara bangsa Malaysia
Kestabilan politik di Malaysia amat bergantung dan diimbangi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan yang sah bagi etnik-etnik lain.
'Elak mengapi-apikan isu berbangkit libat agama, kaum'
Katanya, apa sahaja isu yang berlaku dalam negara sering dimanipulasi untuk menghangatkan sentimen kaum dan agama.
Perbuatan khianat tidak boleh diterima, tuduh PN juga tidak bertanggungjawab - Hamzah
Hamzah kecam tindakan ganas baling molotov cocktail, kesal dengan tuduhan Ngeh Koo Ham terhadap Bersatu dan Pas.
Insiden khianat api di rumah Ngeh: Polis telah rakam keterangan tujuh saksi
Polis telah mendapatkan keterangan dari tujuh individu berhubung kes khianat api di kediaman Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham.
Campur urusan Islam, polis buka kertas inkuiri siasat Koo Ham
Polis membuka kertas inkuiri (KEP) berkaitan kenyataan sensitif Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham dalam isu membabitkan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
Bakar kereta: 'Perbezaan pandangan tidak mewajarkan tindakan melampau batas' - Takiyuddin
Pas memandang serius dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan khianat yang dilakukan ke atas kediaman Koo Ham.